Disebabkan aku seorang obsever, jadi aku telah mendapat satu kajian baru tentang kaum perempuan dan kaum lelaki yang wujud di muka bumi ini. Dan selalunya bila ada kawan-kawan yang datang meminta pendapat tentang lelaki mahupun perempuan,aku selalu akan memberikan jawapan yang termaktub pada entry di atas ini.
Selalunya kawan-kawan lelaki aku mempunyai masalah cinta yang lebih kurang sama. Contohnya seperti dialog di bawah ini:
Kawan aku: June, aku frust betullah dengan minah ni. Dia suka main tarik tali dengan aku. Dia layan aku punyalah baik gila, macam dia memang betul-betul suka kat aku la. Tapi sekarang ni aku tengok dia kuar dengan lelaki lain beb! Dah lah tak hensem lelaki tu. Aku memang jauh lagi hensem dari dia lah! Tapi, kenapa dia tak pilih aku June?!
Aku: Kau tanya dia tak kenapa tiba-tiba je dia pergi kat lelaki lain dan tak pilih kau?
Kawan aku: Dia kata sebab aku takde kereta…Dia je yang selalu call aku, selalu belanja aku. Dia tak sanggup nak bersusah-susah dengan aku sebab aku ni takde apa-apa.
Aku: Kalau aku jadi perempuan tu pun aku tak nak kat kau beb.
Lepas aku cakap macam tu, kawan aku terus merajuk tak nak layan aku dah. Hehe. Persoalan aku dah terjawab pun sebenarnya. Perempuan kadang-kadang perlu jadi selfish untuk dapat yang terbaik dan kadang-kadang perempuan sanggup tinggalkan lelaki yang tak berusaha memberikan sumber kewangan lalu memilih lelaki yang mampu memberikan kesenangan kepada mereka. Zaman sekarang bukan lagi macam zaman dulu. Walaupun masih ada perempuan yang tidak kisah tentang lelaki yang tidak mampu memberi kesenangan tetapi lambat laun kaum perempuan akan berfikir semula.. takkan lah lelaki kena duduk kat rumah dan kaum perempuan kena kerja pulakkan?
Perempuan selalunya tamak. Itu adalah kenyataan yang sebenar dan aku sendiri kadangkala tamak dalam membuat pilihan dan apabila sudah kehilangan, kita akan rasa seperti di’reject’ dengan begitu sahaja. Contohnya seperti situasi di bawah.
Kawan aku: Beb, kau nak tau tak? Fairuz (bukan nama sebenar) sekarang dah ada gf tau. Aku frust lah!
Aku: Ye ke? Baguslah tu. Bukan kau pun tak suka dia ke? Selama ni korang kawan je kan. Takde apa-apa hubungan kan?
Kawan aku: Memang lah. Tapi dia dah lama suka kat aku. Sekarang ni, bila dia dah ada gf, aku rasa macam kehilangan lah beb. Dah takde orang nak mesej or call aku macam dulu lagi, dah tak boleh nak lepak sama-sama… Aku malas lah nak kacau dia dengan gf dia tu.
Aku: Laa…kenapa pulak tak boleh? Korang still kawan macam dulukan? Lagipun kau kan banyak skandal lain. Buat apa pulak nak rasa kehilangan. Dulu dia beria nak kat kau, kau tak nak. Sekarang ni, bila dia dah ada gf, barulah kau rasa kehilangan pulakkan.
Kawan aku: Entahlah. Mungkin aku ni tamak kot beb?
Sebenarnya itu perkataan yang aku nak cakap kat kawan aku ni tapi sebab tak nak dia kecik hati, aku tak cakap lah. Tapi, bila dia dah cakap dulu, aku percayalah yang dia sedar dia tamak. Perasaan tu bukan ada kat dia je, aku percaya banyak kaum perempuan yang sama keadaannya seperti kawan aku ni. Termasuklah aku. Hehe.
Lelaki selalunya lebih Ego. Aku selalu sinonim dengan kaum lelaki yang ego dan pada kaum lelaki jangan sesekali mengatakan bahawa anda adalah lelaki yang tidak ego. Aku dah bertembung dengan bermacam-macam lelaki yang egonya tinggi. Kesian kat kaum perempuan kadang-kadang kan. Macam kes kawan aku kat bawah ni lah.
Kawan aku: U…perlu ke I pujuk dia balik ek? I rasa macam malas je nak pujuk dia.
Aku: Hello cik abang…Masalahnya salah u tau. Bukannya salah gf u ok!
Kawan aku: Ala..memang la salah I. Tapi I tau. Lambat laun dia mesti datang kat I balik. Tak payah pujuk pun takpe lah.
Aku: No! I kata u kena pujuk, I nak u pujuk jugak. Bagilah dia bunga ke, coklat ke, nampak la u tu sweet sikit.
Kawan: Bunga?? Please babe…! I takkan kot buat macam tu.
Aku: Bagus lah tu. Ego sangat!
Aku pulak yang tiba-tiba jadi emosional masa tu. Bagi aku, lelaki tak perlu ada ego untuk orang-orang yang mereka sayang. Sebab tak pergi kemana pun ego orang lelaki ni. Kadang-kadang bila kita terlampau ego, kita susah nak memiliki orang-orang yang kita sayang. Masa tu, kalau pasangan kita dah ada orang lain pun kita dah tak boleh nak menyesal sebab kita yang memilih untuk berkelakuan begitu.
Entry kali ni untuk mengingatkan diri aku juga sebenarnya. Hehe. Dan entry kali ini adalah kenyataan yang sebenar berlaku. Kaum perempuan kadangkala perlu menjadi tamak dan selfish semata-mata untuk memenuhi kesenangan masa hadapan mereka dan apa yang perlu dilakukan oleh kaum lelaki adalah meyakinkan kami bahawa korang semua mampu memberi kesenangan serta kegembiraan terutamanya pada hidup kami. Dan bagi kaum lelaki, kadangkala kita perlu ego tetapi perlu mengikut situasi juga. Ego yang terlampau-lampau kadang-kadang boleh buat orang menyampah dan malas nak layan. So guys, try to be a loveable person!
Saya memilih dia kerana kepandaian, mutu dan keunggulan. =) Memiliki karisma seorang lelaki yang comel dan paling utama pemilihan watak menerusi filem-filem yang dilakonkan olehnya menepati citarasa saya. Paling utama kebanyakkan filem-filem yang dilakonkan olehnya adalah filem-filem yang terpilih dan WAJIB untuk ditonton. Bukannya filem-filem bodoh dan yang meperbodohkan dirinya. Kehenseman bukan yang paling utama tetapi brilliant yang dimiliki olehnya lebih menarik hati saya.
Saya tak kisah walaupun dia sudah duda dan ada anak, saya akan tetap memilih dia sebagai ciri-ciri lelaki pilihan. =) Walaupun ramai yang mengatakan dia membawa ajaran sesat dalam sudut agama, tetapi kebanyakkan lirik-lirik yang dihasilkan olehnya memberi kesan yang mendalam kepada semua. Lirik yang dihasilkan bukan sekadar lirik-lirik lagu cintan biasa, tetapi penuh dengan isu-isu keagamaan dan mampu memberi motivasi kepada semua.
Dia pun sudah berkahwin dan paling utama dia berbangsa Kristian. Suaranya merupakan tarikan utama pada saya untuk terus meminatinya. Saya tidak memilih RUPA. Opsss..=) Dan dia tidak pernah cuba untuk bercakap perkara-perkara yang merapu seperti kebanyakkan artis-artis Malaysia yang ada sekarang. Saya suka lelaki yang cool...
PERINGATAN :
Diulangi! Saya tidak memilih rupa!
Tapi sedikit obses dengan lelaki-lelaki Indonesia.
*Pada kaum-kaum wanita, pastikan pilihan yang anda buat menepati ciri-ciri pilihan lelaki idaman anda.* (Tapi, kita selalunya susah nak dapat apa yang kita idamkan kan?) +_+
Dah lama rasanya aku tak dapat rehat yang secukupnya macam hari ni. Rasa betul-betul dapat luangkan masa yang cukup setelah sekian lama penat berkerja. Barulah sekarang aku sedar apa yang Angah cakap benar-benar belaka. Kerja dengan CiptaAsia memang memerlukan tenaga yang secukupnya. Dalam seminggu ni aku tidur tak pernah betul dan aku selalu sahaja letih. Hari minggu pun kena kerja juga terasa seperti kalau sehari tak masuk ofis..pelik semacam je perasaan ni.
Result dah keluar. Semester ni aku dah boleh jangka result aku akan turun. Aku bagitahu kat abah semalam, abah macam marah juga dengan aku. Tapi aku harap abah faham aku ada masalah besar yang kadang-kadang masalah itu turut menganggu pelajaranku. 2009 tidak menjanjikan apa-apa. Aku tidak mempunyai sebarang azam kerana setiap kali aku berazam, azam itu akan jadi suatu perkara yang sia-sia dan aku lupakan begitu sahaja. Jadi, aku lebih suka sekiranya tahun 2009 lebih menjanjikan perkara-perkara yang menggembirakan dan sekiranya ada masalah, aku mampu mengatasi semuanya dengan tenang dan matang.
Aku juga bakal ke dunia pelajaran kembali dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun hati sudah minat berkerja dan sudah banyak menimba pengalaman, tetapi pelajaran tidak sepatutnya aku cuba untuk abaikan. Abah suruh aku sambung Master lepas selesai degree, tapi aku pula terasa nak berkerja. Aku masih belum fikir lagi keputusan yang patut aku buat.
31 dis ini, hari terakhir aku dan kawan-kawan akan menamatkan kerja kami. Aku sangat suka berkerja dengan semua orang-orang di dalam CiptaAsia. Mereka sangat sporting dan friendly. Walaupun kami semua berkerja hampir 24 jam sehari, tetapi kami tetap enjoy. Semoga tahun 2009 menjanjikan sesuatu yang lebih membahagiakan untuk aku serta keluarga. Amin.
Aku tak sempayt nak upate blog lately sebab aku agak sibuk dengan event-event CiptaAsia yang aku involve untuk Asean University Games. Tapi masa ni aku tengah memaksa diri aku untuk buat Running Order, so aku sekarang tengah pening kepala nak siapkan RO tu, aku pun gatal-gatal lah ambik gambar ni. Penat beb tp CiptaAsia sangat cool.
Kepada Angah, i pon ade jugak baju ciptaAsia tau! Dan paling penting, aku dah pandai pakai laptop Mac abang Amin ni. Hehehehe.
Mereka ini adalah sepupu-sepupu saya. Dan yang memakai baju putih itu adalah kakak saya. Ketiga-tiga masih belum berKAHWIN. Mungkin ketiga-tiga sudah berPUNYA. Ye ke angah??
Gambar ini diambil ketika kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami dan abang kepada wanita di sebelah saya. Selamat pengantin baru buat Kayree dan Kak Intan.
Sebenarnya, tujuan yang lebih utama adalah ingin bertanya kepada kakak saya. Bila nak kahwin Angah?? Saya nak anak buah dan panggil saya Auntie June. Hehehe. Walaupun orang banyak kata muka saya lebih tua daripada muka dia, tapi saya TAK KISAH. Yang penting, kamu kena kahwin tahun depan. Kali ni, biar adik sendiri yang tetapkan! =)
Oberservation yang telah saya lakukan sepanjang tahun 2008 mengenai lelaki dan perempuan yang suka bermain bola sepak dan pada mereka yang suka menonton bola sepak di mana-mana kedai berdekatan adalah seperti berikut:
Pemerhatian pertama
95% kaum lelaki yang bermain futsal atau bermain bola sepak padang lebih cenderung bermain permainan ini adalah kerana rasa minat yang tinggi serta sudah menjadi sebahagian daripada hobi. Faktor ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian dimana seluruh kedai futsal mahupun padang-padang yang terdapat di sekitar kawasan rumah kebanyakkannya adalah terdiri daripada kaum lelaki.
5% kaum lelaki yang bermain futsal atau bola sepak padang adalah lebih cenderung untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan menghiburkan hati ketika sedang bersedih mahupun sedang bergaduh dengan teman wanita mereka. Kemungkinan besar permainan ini merupakan salah satu terapi yang bagus untuk mereka.
20% kaum wanita yang bermain futsal atau bola sepak padang adalah lebih cenderung untuk menguruskan badan mereka dan menganggap bahawa permainan ini sebagai satu keseronokan dan mampu menggembirakan hati. Dan diantara lainnya, kaum wnaita beranggapan bahawa futsal mahupun bola sepak padang lebih mencabar dan merupakan salah satu sukan yang lasak. Oleh itu, pemerhatian mendapati kebanyakkan pengkid mahupun wanita tomboi yang lebih mengusai daripada wanita-wanita lain.
10% kaum wanita yang bermain futsal mahupun bola sepak padang adalah kerana bimbang sekiranya teman lelaki mereka akan membuat agenda lain semasa bermain futsal dan adalah lebih baik sekiranya mereka turut menyertai sama walaupun mereka tidak tahu untuk bermain sekalipun.
70% selebihnya adalah pada kaum wanita yang tidak bermain futsal atau bola sepak padang tetapi lebih suka menghabiskan masa menyaksikan teman lelakinya bermain permainan ini. Faktor-faktor pemerhatian yang telah saya lakukan mendapati kebanyakkan kaum wanita tidak mempercayai bahawa teman lelakinya bermain futsal mahupun bola sepak padang sebaliknya pergi melencong ke tempat lain.
Pemerhatian Kedua
98% kaum lelaki yang menonton bola sepak adalah disebabkan minat yang mendalam terhadap pasukan kegemaran mereka atau dalam erti kata lain merupakan ”Kipas susah mati” (Die Hard Fan). Antara faktor-faktor pemerhatian yang mapu membuktikan penyataan di atas adalah melalui pakaian yang akan mereka pakai setiap kali pasukan mereka bertanding. Dan pemerhatian juga dilakukan di kedai-kedai mamak, dimana didapati kebanyakkan mereka tidak akan mengendahkan orang-orang sekeliling mahupun teman wanita mereka sendiri setiap kali perlawanan sedang berlangsung.
Hanya 2 % daripada kaum lelaki yang tidak menonton bola sepak disebabkan rasa tidak minat mahupun terlalu banyak komitmen-komitmen lain yang perlu difikirkan selain daripada menonton bola sepak.
65% kaum wanita yang menonton bola sepak adalah lebih cenderung mengikuti teman lelaki mereka dan bukan sebab meminati permainan tersebut. Penyataan di atas dapat dibuktikan melalui pemerhatian dan temu bual terhadap kaum-kaum lelaki yang mempunyai teman wanita dan terpaksan membawa teman wanitanya untuk menonton bola sepak bersama. Akibat daripada rasa cemburu dan terlalu rasa was-was sekiranya teman lelaki mereka bukan menonton bola sebaliknya membuat agenda lain, mereka lebih rela untuk menonton bola bersama-sama teman lelaki mereka walaupun tidak meminati.
25% kaum wanita yang menonton bola sepak adalah terdiri daripada kaum-kaum wanita yang merupakan die hard fan bagi pasukan-pasukan bola sepak yang mereka sukai. Kebanyakkan daripada mereka akan menampal segala macam perhiasan pasukan bola sepak kegemaran mereka di kereta, bilik, cermin mahupun akan membeli barang-barang pasukan kegeramaran mereka sebagai tanda sokongan yang kuat. Kaum wanita yang terdiri di dalam golongan ini digelarkan oleh saya sebagai ”wanita yang obses tetapi poser”. Penyataan ini dibuktikan melalui pemerhatian yang telah saya lakukan serta temubual bersama mereka. Contoh temubual adalah seperti, siapakah pemain bola sepak MUnombor 7 itu? Dan apabila saya menanyakan soalan tersebut mereka tidak mampu menjawab sebaliknya tersipu-sipu malu kerana mereka sendiri tidak tahu. Jadi, mereka layak digelar sebagai poser.
Hanya 10% daripada kaum wanita yang tidak menyaksikan bola sepak sebaliknya lebih suka untuk duduk berbual dengan rakan-rakan yang lain atau datang sekadar untuk menemani kawan-kawan lelaki yang lain. Ini dapat dibuktikan melalui SAYA sendiri yang tidak suka untuk menonton bola sepak sebaliknya lebih suka duduk dan memerhatikan keadaan sekeliling.
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan sepanjang 2008 ini, saya dapat simpulkan di sini bahawa:
Saya seorang gadis yang suka observe orang.
Menonton bola sepak bukannya aktiviti kegemaran saya.
Saya tidak die hard fan pada mana-mana team bola sepak yang ada.
Saya pakai sahaja mana-mana jersey bola sepak yang kawan-kawan saya belikan pada saya.
Saya tidak suka ikut kawan lelaki saya pergi bermain futsal mahupun bola sepak padang melainkan sekiranya saya mempunyai teman untuk berborak.
Saya suka pergi kedai mamak dan melihat orang-orang yang sedang menyaksikan bola sepak.
Sebenarnya....
Saya nak main futsal tapi saya tak ada kawan yang nak main sama!!
1. What is the relationship of you and him/her? Alam maya friend.hehe. gue tak pernah jumpe die lg.
2. Your 5 impressions towards him/her. Cantik!!! =).... Dia tinggi sungguh! ....Hot Chick! Ramai nak kenal dia....Friendly.... Suka cakap.hehe
3. The most memorable things he/she had done for you. erm..so far takde lagi kot..after jumpa, maybe la. =)
4. The most memorable things he/she have said to you? Miss u la ajun! Bila d boleh jumpa ajun ni?? hehe
5. If he/she become your lover, you will… Gosh!! I’m not lesbian…
6. If he/she become your enemy, you will… Never. We are very good friend.
7. If he/she become your lover, he has to improve his/her.. huh????
8. If he/she become your enemy, the reason is… got no idea lah.
9. The most desirable thing to do on him/her is? Just want her to be happy in whatever things her do.
10. The overall impression of him/her is… Talkative! =)
11. How do you think the people around you will feel about you? Boleh tanya orang tak??
12. The character of you for yourself is? Moody. Sometimes okay sometimes will become like “lion”! Love to smile and make ppl happy. I’m very a good listener and very serious when making relation with ppl. (friends or somebody special)
13. On contrary, the character you hate of yourself is? Suka fikir terlalu jauh dan terlalu suka untuk menjaga hati orang. Sometimes I’m to emotional. Suka sangat menangis. Haih!
14. The most ideal person that you wanna be is? I just want to be MYSELF
15. For the people who likes you, say something about them. haha. Soalan ni macam nak test market sendiri je.
16. Ten people to tag: 1. Abang zaidi 2.Azri 3.Kak Yani 4.Epul 5.Ramat 6.Shasha 7.Razaisyam 8.(None) 9.(None) 10.(None)
17. Who is no. 2 having a relationship with? Table talk Friend. =)
18. Is no. 3 a male or a female? Female
19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
hehehe. Mmg lah die kene single je kot. Num 10 I tak tagged.
20. How about no.5 and no.8? Pon single gak.
21. What is no. 1 studying about? Kurang faham la soalan ni.
22. Is no. 4 single? hehehe.SINGLE and AVAILABLE
23. Say something about no. 6 My bestfriend and still SINGLE. =) Very adorable and kind!
lagi 2 orang "missing in action". tiada dalam gambar.
Aku teringat masa aku zaman-zaman diploma dulu. Aku ambik Seni Lakon tapi semua kawan-kawan aku ambik Pengurusan Seni. Kitorang duduk satu rumah kat kolej dari semester 1 sampailah ke semester 6. Geng aku ada 8 orang. Kemana-mana je kami akan bersama dan kalau ada sesiapa yang cuba untuk menjatuhkan kami, kami akan defend kawan-kawan kami. Budak-budak lelaki gelarkan kami Pussycat dolls sebab diorang kata kami HOT. Aku tak suka gelaran tu sebenarnya, tapi bila dah diorang gelarkan, aku pun okay je lah. =) Dari semester 1 sampailah semester 6 aku selalu bertukar-tukar kawan dengan 8 orang kawan aku ni. Jap lagi dengan si minah ni, masuk semester 2 pulak dengan minah ni, semester 3 dah lain pula. Kami tak pernah berpisah walaupun setiap semester kami bertukar kawan yang berlainan. Kadang-kadang yang ini kata yang itu, yang itu tak puas hati dengan yang ini, tapi bila depan-depan still berkawan macam biasa dan sangat mesra.
Sampaikan ada pulak geng-geng perempuan lain yang tak puas hati dengan kitorang dan cuba nak pisahkan kami. Tapi kami tetap bersama walaupun pada hakikatnya kami sudah tidak serasi bersama. Kawan aku ada cakap, mana ada kawan baik sampai 8 orang. Macam pelik je sebab nanti bila gaduh tak tahu nak jaga hati siapa dan nak defend yang mana satu. Padahal 8 orang kawan baik ni. Itu la yang selalu aku fikirkan dan selalu juga jadi bila kami bersama. Semester 1 semuanya baik-baik je. Nak pinjam barang, nak guna duit, nak keluar sama-sama, belajar pun nak sama-sama, memang takde masalah pun. Tapi bila masuk semester 3, semuanya dah berubah. Dah banyak mengata belakang, tak serasi bersama, semua tak kena, macam-macam lagi lah. Kadang-kadang sampai naik pening.
Sekarang ni aku tak lagi bersama diorang. Masing-masing dah sibuk dengan pelajaran dan kerjaya mereka. Bila teringat balik, rasa rindu datang pada mereka. Walaupun kami memang pussycat dolls, tapi kami tetap mampu bertahan 3 tahun bersama-sama. Aku teringat zaman-zaman kitorang overnight sama-sama sampai lebam-lebam mata nak pergi kelas besok paginya. Masa aku sibuk nak exam kelas tarian, diorang yang sibuk tolong ajarkan aku. Maklumlah, aku kan kayu bila menari. Belum lagi masa diorang menangis bila semua tekanan setiap kali meeting ada je proposal diorang yang lecturer akan reject. Aku je yang happy sebab aku tak payah pikir pasal meeting. Kerja aku berlakon je. Paling seronok, bila setiap malam kami akan baring sama-sama dan akan berborak sebelum tidur. Walaupun kami kadangkala tak sependapat dan sering bergaduh, tapi kami tetap boleh bersama sehingga kami habis diploma.
Bila aku dah sambung degree dan kawan-kawan aku ni ada yang dah sambung belajar merata-rata dan ada juga yang dah mula berkerja, kami terlalu jarang untuk overnight atau borak-borak sebelum tidur macam dulu. Kami sentiasa memahami dengan komitmen yang perlu kami capai untuk masa hadapan kami. Kadang-kadang, bila aku tengok budak-budak junior yang baru masuk diploma, aku teringat semula geng-geng pussycat dolls aku. Tapi junior-junior sekarang lagi advance dari zaman aku. Siap ada myspace nama grup diorang sendiri lagi! Zaman aku dulu, kitorang tak buat pun macam tu. Hehe. Bila aku tengok diorang, dalam kepala aku ni selalu cakap, semester 1 baru. Nanti dah naik semester 3 atau 4 nanti mesti dah berpecah korang ni. Tak pun ahli grup korang akan makin berkurangan. Hehe. Zaman diploma zaman diorang baru nak dapat kebebasan dan kawan-kawan. Macam tu juga lah yang aku pernah rasai dulu. Yang bestnya, sampai sekarang orang still panggil kami geng pussycat dolls walaupun kitorang dah sangat lama tak berjumpa. Pussycat dolls kan kami?? =)
Ada 3 perkara yang aku rasa aku kena buat, orang sekeliling aku nak aku buat dan aku tak perlu untuk buat.
Meng”gemuk”kan badan sendiri. Soalan-soalan yang sering orang tanya kat aku. a) Kau ni bile nye nak gemuk? Aku tengok dari dulu kau macam ni je? b) Tak teringin ke nak gemuk? Kenapa kurus sangat? c) Kau ni kurang makan sayur dengan minum susu ni. Cuba la sekali! Sure naik nya badan kau.
Jawapan-jawapan yang sering aku balas kat orang. a) Metabolisme aku tinggi lah! b) Aku makan sekali nak dekat 4 kali. Tapi aku tetap tak gemuk. Macamana cara lagi ye nak gemuk? c) Tuhan ciptakan manusia ada gemuk, kurus, tinggi, pendek, cantik, kurang cantik kan... so, terimalah diri sendiri seada-adanya. =) Nak ambil lesen kereta. Soalan-soalan yang sering orang tanya kat aku. a) Beb, aku dah penat drive kereta. Cepat la ambik lesen! b) Dari tahun lepas aku dengar kau nak ambik lesen, tapi kenapa tak ambil2 ye? c) Lain kali, tak payah naik ktm. Ambil lesen cepat2! Bawak je kereta aku.
Jawapan-jawapan yang sering aku balas kat orang. a) Kau boleh bagi aku duit untuk ambil lesen tak? (itu je jawapan untuk semua soalan di atas)
Aku nak cuba mengarah short film aku sendiri. Soalan-soalan yang sering orang tanya kat aku. a) Idea kau banyak beb, tapi kenapa malas sangat nak tulis skrip? b) Angah dah, kau bila lagi?? c) Tak teringin ke nak mengarah short film sendiri?
Jawapan-jawapan yang sering aku balas kat orang. a) Aku boleh bagi idea, tapi aku memang malas nak buat skrip. Hehe. b) Bukan tak boleh beb... tapi...tapi...tapi... (repeat “tapi” tu sampai kawan aku dah tak tanya lagi dah sebab apa) c) Gemuruh la bila nak kene mengarah. (poyo kan jawapan ni)
*Bak kata lirik lagu Coldplay, “But if u never tried, u never know...” Satu hari nanti...Mungkin! =)* (Hanya untuk perkara ke 2 dan ke 3 sahaja ye)
Dulu aku ada minat kat sorang lelaki ni. Lama jugak la aku minat dia. Aku selalu tengok dia. Kalau dapat peluang untuk borak sama-sama, aku takkan lepaskan peluang tu. Makin lama kami makin rapat. Dan makin kami rapat, perasaan sayang makin bertambah-tambah dalam diri aku. Kawan aku kata, kalau perempuan yang terlalu suka kat lelaki... nanti bila lelaki tu jadi kekasih kita, dia mesti tak sayang sangat kat kita macamana yang kita sayang kat dia. Lain lah kalau lelaki tu yang beria-ria suka kat kita, kalau dia dah dapat kita, dah pasti dia akan jaga kita sebaik-baiknya.
Aku pernah beritahu kat lelaki ni yang aku suka dan sayang kat dia. Dia pernah cakap kat aku, kalau aku betul-betul sayangkan dia, aku kena bersabar dan tunggu. Mula-mula tu aku boleh lah sabar. Sampai satu tahap aku tak tahan. Aku rasa macam buang masa dan aku terasa macam aku ni syok sendiri. Satu hari tu, aku mesej dia. Aku cakap kat dia aku dah tak sanggup nak teruskan hubungan ni sebab aku seolah-olah sedang bermain dengan perasaan aku sendiri sedangkan dia tak pernah memahami apa yang aku tengah rasakan. Dia terkejut dan dia kata kat aku, kalau aku tak sanggup nak tunggu lagi dan aku rasa penantian tu satu penyiksaan, dia suruh aku berhenti daripada menyukai dia dan kita boleh jadi kawan seperti biasa.
Tapi kami dah tak serapat dulu. Aku selalu cuba larikan diri dari dia. Kadang-kadang dia ada juga mesej dan ajak berjumpa. Tapi aku selalu elakkan diri dari dia. Satu hari tu, kawan aku berborak dengan aku. Dia tanya aku kenapa aku elakkan diri dari lelaki yang aku suka selama ni. Aku pun cerita lah dengan dia. Dia kata aku bodoh. Aku senyap. Dia kata lagi kenapa aku tak sharing je saat-saat indah dengan dia sedangkan aku dah dapat pun bersama dengan dia walaupun kami belum tentu boleh bersama. Dia kata lagi, kenapa perlu kehilangan dia sedangkan selama ni aku dah pun buat dia happy. Kenapa tak cherish je saat2 aku dengan dia sebab aku dah dapat pun mengenali dia cuma aku belum dapat memiliki sahaja.
Aku tak berkata apa-apa. Cuma aku rasa menyesal dengan diri sendiri. Kalaulah aku dapat bersama lelaki tu kembali, aku hanya mahu cherish semua saat-saat yang indah dengan dia. Aku sudah tak terfikir untuk memilikinya kerana untuk memiliki perkara yang memang kita inginkan dalam hidup kadangkala adalah perkara yang paling sukar untuk kita perolehi. Dan sekiranya kita mampu perolehi, kita cubalah untuk menghargai.
Weekend lepas aku pergi dengan kawan-kawan yang aku suka ke Maskara Shorties. =) Masa mula-mula je aku sampai aku tengok dah ramai orang duduk dan bersedia nak tonton semua filem-filem pendek yang ada. Mula-mula sekali aku terus cari angah. Sebaik la angah duduk depan so aku agak senang la nak cari dia. Aku tak dapat duduk dengan Angah sebab tak cukup tempat. Aku jumpa Fasyali lepas tu dia ajak aku duduk kat depan sekali dengan D, Ramat dan Shasha. Nasib baiklah masa kitorang datang tu, tayangan dah nak mula. Sepanjang program tayangan untuk malam tu, banyaknya aku tak senang duduk. Mungkin sebab terlalu banyak tayangan dan mungkin juga aku rasa panas malam tu.
Pujian aku berikan pada filem Kasi Pecah. Daripada filem ini bermula sampai ke ahirnya aku mampu ikut. Konsep hitam putih ala-ala noir serta watak pada hero adalah berbeza sama sekali. Mungkin sekiranya watak yang pengarah gunakan adalah watak biasa, filem ini akan menjadi filem yang membosankan. Tetapi watak mime dan ayat-ayat yang digunakan di dalam filem ini menarik minat aku untuk terus menonton sehingga ke akhir. Seolah-olah aku sedang menonton teater dan pelakon itu sedang bermonolog seorang diri di atas pentas. Pendekatan serta konsep yang digunakan oleh pengarah sangat menarik minat aku untuk terus menonton. Jalan ceritanya teratur serta karakter pada watak utama berkesan.
Aku tak pernah lagi tengok final produk filem The Lost Communication. Hari tu Angah cakap tak habis edit lagi. Antara sebab aku ke Maskara Shorties adalah untuk tengok filem tu. Aku tak sangka penonton boleh duduk diam dan tengok filem tu dari mula sampai akhir. Tapi aku agak kecewa bila dah nak sampai ke tahap klimaks, cerita tu tersekat-sekat. Dan sebab tersekat, orang semua gelak bila dialog terakhir yang watak utama tu cakap. Kawan-kawan aku sendiri kata dialog terakhir tu tak sesuai untuk diletakkan. Pada mulanya, aku sendiri rasa ayat tu kelakar tapi aku fikir balik adakah sebab cerita tu tersekat-sekat orang mula tak fokus dan merasakan dialog terakhir tu kelakar? Aku masih tak puas hati dan semalam Angah pasang balik short film tu kat rumah aku. Dengan kawan-kawan aku sekali tengok semula. Tiba ayat akhir yang watak utama tu cakap, diorang tak gelak. Aku pun tak gelak. Aku terus pandang kawan aku, aku cakap kat diorang, “Tak kelakar kan dialog tu?” Diorang senyum-senyum je pandang aku. Aku tanya Angah, “ kenapa ada quotation akhir cerita ni Ngah? Sebab hari tu takde pun??” Angah pandang aku, Angah cakap, “Kau jangan tanya kenapa!” Hehehe.
Aku sarankan pada mereka yang rasa dialog terakhir tu kelakar, cuba lah tengok filem ni lagi sekali. Mungkin hari tu korang dah disajikan dengan majoriti filem yang kelakar dan korang harapkan dalam filem The Lost Communication ni ada lah juga terselit sikit-sikit benda yang kelakar. Sampai bila nak disajikan dengan filem-filem yang kelakar kan? Kadang-kadang filem yang berat tu lebih memberi makna. Filem bukan untuk sekadar hiburan suka-suka tetapi sebagai medium paling besar untuk mendidik masyarakat kita. Sebab tu aku tak suka tengok berita, aku lebih suka tengok movie. Bagi aku movie lebih banyak sampaikan maklumat-maklumat yang bagus kepada masyarakat berbanding berita. Bukan aku bermaksud, aku memangkah filem-filem yang berunsurkan kelakar. Tapi kalau kelakar pun, biarlah ada mesej yang nak disampaikan. Bukan nya ikut tangkap muat je.
Aku bukan nak bias. Tapi aku rasa kakak aku telah sampaikan satu mesej yang bagus kepada masyarakat dan aku memuji filem itu. Angah, jangan bangga sangat! =) Lepas ni aku pulak ganti kau. InsyaAllah. Syabas juga pada grup Sindiket Soljah kerana menganjurkan program seperti ini. Aku tak kisah kalau aku tak dapat makan pun sebab yang aku lebih teruja adalah filem-filem yang akan ditayangkan. Cuma terlalu banyak filem membuatkan aku sedikit hilang fokus dan pemilihan filem-filem tidak begitu teratur. Dan kebanyakkan filem yang aku tonton, konsepnya seakaan-akan serupa. Banyak pengarah yang lebih suka menggunakan tulisan-tulisan daripada menunjukkan visual. Adakah mereka berharap dengan adanya tulisan-tulisan tersebut mampu menarik minat penonton untuk terus menonton berbanding dengan visual-visual yang dipaparkan? Aku sendiri tidak pasti. Mungkin mereka mempunyai jawapan tersendiri. Aku harap akan ada lagi program-program seperti ini dan untuk semua, jangan lupa untuk memeriahkan program Screen & Talk yang akan berlangsung kembali dalam bulan ini.
Epul tagged soalan ni kat Angah. Angah pulak tagged kat aku. So, aku dengan pantasnya akan menjawab soalan-soalan ni tanpa segan silunya. Aku suka bab2 kahwin ni. Hehe. Tapi, tak aci! Angah banyak main tipu! So, kalau aku tipu pun, hanya angah yang tahu kebenarannya. Hehe.
Dream wedding This is a survey about your dream wedding, whether it be in the next year or after ten years. So, please answer after you read, the person who answered this before you took a great deal of effort.
1. How old are you? 22 years old. Angah anak bongsu. I’m older than her. (suka la tu Angah.)
2. Are you single? Single. Scandal pun tak banyak macam Angah. Hehe.
3. At what age do you think you'll get married? If angah said she will get married before 35, masa tu aku dah 27 tahun. Ada lagi ke orang nak ek? Sebab aku tak se hot Angah. Hehehe. Before 30 i will get married!
4. Do you think you'll be marrying the person you are with now? I don’t know. Kalau sudah jodoh, kahwin saja lah!
5. If not, who do you want to marry? Nicholas Saputra (Aku mmg memilih rupa)
6. Do you want a garden/beach or a traditional wedding? Beach! Citarasa saya sama dengan Angah.
7. Your ideal motive? Sebab saya mahu lari daripada suasana hiruk pikuk bandar. Saya mahukan ketenangan bersaksikan laut dan saya mahu lakukan weeding saya di malam hari. Supaya saya mampu melihat bintang-bintang di langit serta menyaksikan bulan yang mana ianya mampu menenangkan hati saya. (Indah bukan?)
8. Where do you plan to go on a honeymoon? I don’t know
9. How many guests do you think you'll invite? Secukup makanan yang ada.
10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding? Simple. As long as i can remember till the end of my life.
11. Do you want the traditional vows or something you'd make up on your own? Traditional vows. Nanti sedara mara bising lak if tak ikut adat resam kita.
12. How many layers of cake do you want? Er... if i don’t want cake..can ar???
13. Do you prefer having your reception at a hotel or a simple place? I love to have my reception day at park. Only close friends,family and relatives are invited. I want Angah to perform some lovely poem, my brother and their band (Sharpshooter) to perform selected song that I request. also I want my close friends dance together with me for the last time before I cant dance anymore! And for the last time, i want to watch all my family sing our family theme song.
14. When do you want to get married, morning or evening? Night! I told u already...
15. You'd rather have your reception outdoors or indoors? Outdoor. I told u at the park Haih! Jangan repeat soalan boleh?
16. Do you like a grand entrance for your groom? Sukahati nak masuk dari mana. Takde grand entrance.
17. Name the song/tune you'd like to play at your wedding. All songs from Mocca. Dont tell me why. Just love all Mocca songs.
18. Are you a morning person or a night person? Night.
19. Do you want a solemn ceremony or a light one? Both.
20. Describe your ideal husband/wife. Most important, COOL. Jangan bodoh sangat dan jangan pandai sangat. Saya suka yang sedap mata memandang.
21. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife? Tak kisah la. Mana-mana pun ok.
22. Champagne or red wine? Hish! Haram! =)
23. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding? Days after the wedding.
24. Money or household items? Household. Nanti tak payah nak beli banyak2 lagi.
25. Who will pay for the bills? Both. If bakal husband kata dia nak pay for the bills, i OKAY je.
26. Are you ready for married life? Ready. But not now. I’m to young and still have lots of things to explore.
27. Do you think you will still be a virgin until you get married? Still! Present paling indah for my beloved husband nnt.. =)
28. Will you always be true to your wife/husband? I'll try.
29. How many kids would you like to have? 4. Saya mahu sorang dr anak saya, Angah kena bagi nama.
30. A new house for a newly wed or an old one? Tak kisah. Saya nak apartment sahaja. More privacy dan saya suka ruang yang kecil.
31. Will you celebrate silver wedding, gold wedding or diamond wedding? Warna lain tak boleh ke?
32. What kind of cuisine would you like for your wedding? Traditional. Malay food.
33. Will you record your honeymoon in a CD or DVD? Both also can.
34. Whose wedding plans would you like to know next? Fasyali. Maybe dia akan kahwin dulu dari saya. =p
Wednesday, October 29, 2008
Saksikan filem pendek The Lost Communication di Maskara, bertempat di Rumah Pena pada 1 Nov 2008 (Sabtu malam). Diarahkan oleh Fazleena.
Saksikan filem pendek Pleasure arahan Faliq. Akan ditayangkan dalam masa terdekat dan akan diberitahu tarikh tayangannya.
Situasi 1 : Berada di dalam kereta. Di sebelahnya adalah lelaki A yang sedang memandu. Memegang telefon ditangannya dan sesekali memandang lelaki A yang berada di sebelah. Telefon perempuan A berbunyi. Mesej di skrin tertera nama “my baby”. Perempuan A melihat mesej dan membalasnya dengan senyuman. Penuh kegirangan. Sesekali perempuan A sempat memandang ke arah lelaki A dengan senyuman penuh manja. Lelaki A kembali senyum tetapi senyumannya penuh kepahitan. Kemudian telefon si gadis berbunyilagi. Kali ini tertera pula nama “my bf”. Perempuan A menjawab mesej pada telefon bimbitnya dan selesai menjawab perempuan A memandang kosong ke hadapan. Tiada senyuman seperti tadi. Sekali lagi perempuan A memandang ke arah lelaki A dan lelaki A cuba berpura-pura senyum kepadanya. Perempuan A senyum sedikit kemudian berpaling ke hadapan.Perempuan A tersentak sejenak apabila ada tangan di bahunya disentuh. Perempuan A memandang ke belakang dan melihat perempuan B sedang memandang ke arahnya, mengangkat-angkat kening lalu mengangguk sambil tersenyum seolah-olah mengetahui keadaan yang dialami olehnya. Perempuan A melihat perempuan B dengan penuh sayu. Kelihatan muka perempuan B penuh layu dan matanya merah. Perempuan A hanya senyum sahaja pada perempuan Bkemudian terus berpaling ke kanan dan memandang lelaki A yang juga tersenyum ke arahnya. Tiada suara yang berkata-kata, hanya lagu yang berkumandang.
Situasi 2 : Sedang memandu kereta dan disebelahnya adalah perempuan A. Memegang tangan perempuan A dengan penuh kegembiraan. Sesekali memandang ke belakang dan melihat perempuan B yang sedang jauh mengelamun. Lelaki A tersentak seketika apabila telefon bimbit perempuan A berbunyi. Tidak lagi memegang tangan dan hanya memandang ke hadapan. Sesekali memandang perempuan A yang sedang senyum membaca mesej seorang diri. Cuba memandang ke belakang, ke arah perempuan B dengan harapan bahawa perempuan B memahami keadaannya. Tetapi hampa apabila perempuan B tetap memandang jauh tanpa mempedulikannya. Sekali lagi lelaki A cuba bermanja dengan perempuan A tetapi telefon bimbit berbunyi sekali lagi. Perempuan A memandang lelaki A dengan penuh manja dan lelaki A hanya tersenyum seolah-olah mengetahui isyarat bahawa perempuan A memerlukan masa untuk membaca dan menjawab mesej di telefon bimbitnya. Lelaki A memandang ke hadapan dan terus memandu kereta. Lelaki A hampa dan terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Lelaki A lalu melihat di skrin dan tertera satu mesej diterima. “Babe, ini yang u pilih. I tau susah nak terima tp u kena juga if u betul-betul sayangkan dia. U yang pilih jalan macam ni, no matter what u have to face that my bestfriend got boyfriends. I know u always there when she need u. So, apa yang u kena buat just make her happy ok.” Lelaki A tersenyum dan membalas kembali mesej yang diberi. Setelah itu, lelaki A meletakkan telefon bimbitnya di sisi. Pandangannya kosong. Tiada suara yang berkata-kata, hanya stereng kereta sahaja yang bergerak-gerak.
Situasi 3 : Perempuan B memandang kereta-kereta yang terus bergerak ke arah tuju masing-masing. Kereta yang dipandu oleh lelaki A menjadi perlahan apabila tiba di tol. Perempuan B memandang ke luar dan dilihat pemandu kereta di sebelahnya bersama isteri serta anak-anaknya di belakang. Si suami begitu mesra memeluk si isteri yang sedang riang ketawa dan anak-anak di belakang yang turut bergelak ketawa seolah-olah keluarga itu penuh dengan kebahagiaan. Perempuan B tidak lagi memandang tetapi cuba menutupkan mata dan mendengar alunan muzik yang berkumandang. Perempuan B merasakan kehangatan apabila lelaki B di sebelahnya meletakkan jaket di badan. Perempuan B menutupkan matanya rapat-rapat dan satu persatu airmatanya keluar. Makin lama makin deras. Seolah-olah perempuan B dapat merasai bahawa lelaki B mengetahui apa yang sedang dialaminya. Tidak sedikitpun muka perempuan B palingkan kepada lelaki B, yang ada hanyalah titisan airmata ditemani jaket yang sudah separuh basah. Perempuan A terus menggapai tisu dan menarik nafas dalam-dalam kemudian kembali tersenyum seperti biasa. Perempuan B memandang ke arah lelaki A yang sedang memandu. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin dibicarakan oleh lelaki A kepadanya. Perempuan B lalu memerhatikan perempuan A. Perempuan B melihat mesej yang tertera di skrin telefon bimbit perempuan A. Perempuan B senyap dan melihat muka perempuan A berubah. Perempuan B meletakkan tanganya di bahu perempuan A, mengangkat kening dan cuba senyum. Tiada sebarang kata-kata. Perempuan B terus mengambil telefon di begnya dan menghantar mesej. Sesekali perempuan B memandang lelaki B dengan rasa malu. Perempuan B menghulurkan jaket kepada lelaki B kembali dan mengucapkan terima kasih. Lelaki B memandangnya dengan penuh kasih sayang. Perempuan B terus mencapai beg dan cuba mencari telefon bimbitnya.Ada satu mesej tertera di skrin. Perempuan B membukanya dan mesej satu mesej diterima. “Thanks babe.Macamana pun, i tetap akan sayangkan dia dan i tak kisah kenapa i pilih jalan macam ni. Dont worry about me babe. U have to take care of yourself. I know bila u jumpa mak u tadi, u sedih sangatkan. U risaukan dia. Dengan condition u sekarang, i tau sangat sukar untuk u hadapi. U have to be strong if u want everybody to be happy like before. But u kena ingat,u still have me, ur friend yang lain-lain kan? Big girl, don’t cry! Ok?? Jangan mengelamun lagi! Nampak huduh bila u menangis.” Perempuan B memandang lelaki A yang sedang kusyuk memandu kemudian perempuan B memandang lelaki B. Meminta jaket kepada lelaki B kembali dan cuba memejamkan mata sekali lagi. Tiada suara yang berkata-kata, hanya airmata mengalir tanpa henti.
Situasi 4 : Lelaki B menyanyi perlahan-lahan apabila muzik berkumandang. Sesekali memandang perempuan A yang sedang mesej dan memandang lelaki A yang sedang memandu kereta. Lelaki B lalu memandang perempuan B. Raut muka lelaki B berubah. Seolah-olah ada perkara yang tidak kena pada perempuan B. Lelaki B melihat perempuan B menutup mata lalu dibuka jaket pada badannya dan diselimuti pada badan perempuan B. Sesekali lelaki B mengintip dan melihat hidung perempuan B merah menyala. Lelaki B hanya mendiamkan diri. Cuma melihat sahaja kelakuan perempuan B yang tadinya gembira apabila pulang ke rumah tetapi tiba-tiba sahaja bertukar menjadi seorang gadis yang penuh dengan emosi. Lelaki B pelik. Lelaki B cuba tidak mahu untuk mengambil tahu walaupun di kepalanya penuh dengan pelbagai persoalan. Lelaki B memandang ke tingkap. Tiada suara yang berkata-kata, hanya mengelamun seorang diri sambil menikmati alunan muzik.
Situasi 5: Perempuan A menarik nafas panjang-panjang dan membuka pintu kereta. Lelaki A memandang ke hadapan, mematikan enjin, dan menutup radio lalu membuka pintu kereta. Perempuan B mengesat airmata, memakai lipstick, cuba untuk senyum kembali kemudian membuka pintu kereta. Lelaki B memakai jaket kembali dan segera membuka pintu kereta. Perempuan A, lelaki A, perempuan B dan lelaki B berpandangan antara satu sama lain. Mereka senyum gembira seolah-olah tiada apa yang berlaku dan berlalu pergi meninggalkan kereta. THE END.
Kadang-kadang, kita selalu berkongsi masalah dengan orang-orang yang rapat dengan kita tapi kadang-kadang dalam sesetengah situasi kita tidak mampu untuk berkongsi bersama.
Kadang-kadang tanpa kita sedar orang yang tidak rapat dengan kita dan tidak pernah kita kongsikan cerita bersama lebih memahami apa yang kita alami. Tetapi, bila kita sudah duduk bersama namun kita masih tidak boleh bercerita apa-apa sedangkan secara realitinya kita sudah tidak menyimpan apa-apa rahsia lagi.
Kadang-kadang bila kita mempunyai masalah kita tidak tahu macamana untuk mulakan bicara.
Kadang-kadang bila kita mengalami situasi sebegini dan tidak tahu apa-apa tapi terpaksa terlibat dengan keadaan sekeliling, kita akan turut mendiamkan diri kerana kita tidak tahu untuk berkata apa-apa.
Kadang-kadang tanpa kita sedar bukan kita sahaja mengalami masalah tetapi orang disekeliling kita juga turut mempunyai masalah. Cuma kita selalu menutupi masalah itu dengan senyuman.
Kadang-kadang mendiamkan diri itu adalah lebih baik daripada berkata-kata...
Tadi aku jumpa kawan aku. Dia cerita kat aku something dan story ni agak interesting untuk aku dengar.
Kawan aku: U nak tau tak. My friend ni baru je clash dengan gf dia.Tak sampai sebulan lagi.
Masa kawan i ni clash dengan gf dia, dia amat-amatlah frust. Cakap kat i tak
nak cari perempuan lain la. Tapi, sekarang dia dah ada gf lain! u bayang kan
lah june. Senangnya manusia ni cari orang lain dalam hidup dia sedangkan
baru je sekejap tadi i nampak dia frust bagai nak rak.
Aku : Hah?? Serius kah? (terkejut sekejap) Jap. Kawan u punye xbf for sure hensem kan?
Cuz orang hensem ni selalunya rasa diorang tak perlu kisah kot nak cari gf lain,
pastu lupakan xgf dia. Tapi...gila jugak kawan u tu kan? I'm shocked! Baru sebulan kot...
for sure xgf dia rasa macam xgf dia tu tak cukup HOT kan. Sebab senang2 je dia
boleh lupakan.Haha.
Kawan aku: Tu la...dia rasa dia sekarang macam Loser. So kesian..
Aku: I dont think she a loser. Maybe xbf dia ada reason yang kita tak tahu kenapa dia
buat macam tu kan. Dan kalau selama ni memang xbf dia ada skandal
ke dengan perempuan tu?? Siapa yang tahu kan? Nampak macam dia frust sangat2, tapi sebenarnya dia boleh dapat pengganti senang-senang je.
Kawan aku: Aah la u. Kawan i tu bila i tanye dia samada dia ok ke tak, dia selalu nampak ok dan happy je. Tapi sebenarnya dalam hati dia i tahu dia selalu rasa sedih. Sometimes i rasa pelik.. My friend ni i rasa dah cukup lengkap. Tapi i pon tak tahu apa yang xbf dia still rasa kurang.
Aku: Ye la u... I turut simpati untuk dia.Macamana pun, u kena kuatkan hati dia.
Aku pandang kawan aku dan aku senyum. Dia terus pandu kereta dan sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Mungkin aku sedang memikirkan sesuatu.
**Saya tidak anti lelaki.Tapi cerita kawan saya ini membuatkan saya berfikir banyak tentang lelaki. =)**
Habis shooting baru-baru ni, aku sempat salam kawan-kawan Shah Alam yang memang rapat sangat dengan aku before aku balik rumah. Aku tak tahu kenapa ada satu perasaan yang sangat sedih dalam diri aku bila aku salam dan peluk diorang. Seolah-olah aku akan pergi jauh dan takkan jumpa diorang lagi. Lately, diorang selalu buat aku happy. Hanya diorang yang boleh buat aku ketawa dan boleh aku kongsi segala-galanya. Bila aku terpaksa berpisah dengan diorang untuk beberapa hari sahaja, aku mula ada perasaan sedih seolah-olah aku mendapat rasa yang aku semakin memerlukan diorang dalam hidup sehari-hari aku berbanding dengan keluargaku sendiri. Bukan sebab aku tidak sayang akan keluargaku, tetapi dengan mereka aku seolah-olah merasai satu perasaan persahabatan yang sangat kuat dan utuh.
Beberapa hari ni, mood aku selalu tak menentu. Aku sendiri tak tahu apa yang sering aku fikirkan. Kawan aku cakap aku mengalami depresi yang agak kritikal. Mungkin benar. Tapi aku jarang nak orang tahu masalah depresi yang aku alami. Aku masih gembira disamping adik beradikku yang selalu berada di sisi dan seringkali menangis, kadangkala bergelak sama denganku. Selalunya bila kita mengalami masalah, ikatan adik beradik akan semakin kuat sekiranya kita saling berkongsi dan bercerita bersama. Aku juga kadangkala jadi pelik dan marah pada orang-orang yang sukar untuk meluahkan masalah mereka kepada orang-orang yang mereka sayang. Adakah orang-orang ini takut pada bayang-bayang sendiri ataupun tidak berani untuk menghadapi kenyataan sebenar?
Aku seorang wanita yang suka pada manusia-manusia yang bersikap jujur. Kerana melalui kejujuran maka manusia itu akan berani untuk menyatakan kebenaran. Tidaklah menyembunyikan apa-apa perasaan dalam jangka masa yang lama kerana lambat launnya diri sendiri juga yang akan merasai sakit. Kalau kita tidak takut pada apa-apa dan alasan kita kukuh untuk menegakkan apa sahaja kebenarannya maka kita tidak perlu takut untuk berkata jujur. Aku dah mula rasa muak dengan manusia-manusia yang hanya memendam rasa dan memberi harapan kepada manusia-manusia lain yang masih terkial-kial menunggu untuk sebuah 'kejujuran'.
Aku tidak mahu jadi manusia yang depresi sebab aku lebih suka melihat muka aku yang selalu tersenyum daripada muncungku yang sedepa panjangnya. Walaupun senyuman itu hanyalah sekadar sebuah senyuman yang palsu. Aku mahu hidup aku penuh dengan kegembiraan dan aku tidak kisah lagi manusia-manusia yang tidak mampu berkata-kata hanya untuk sebuah kejujuran. Aku bersyukur kerana kawan-kawan selalu ada bila aku memerlukan dan adik- beradik yang tidak pernah bosan untuk melayan segala masalah-masalah aku.
p/s: Tadi aku keluar dengan 'budak-budak sewel'. Hehe. Thanks cuz u all buat i happy malam ni. At least, i pun dah sedikit sewel macam u all.(aku bukan lari dari masalah, aku hanya memerlukan sedikit hiburan)
Kerja keras director pun kena kerja Technical Crew penuh perhatian
millionaire!!
making of..
my fav scene..hehe Pelakon-pelakon all team crew
Thanks pada semua yang terlibat.Proud of technical crew especially Epul,Boy dan Mael sebab diorang puasa tak macam Director dengan Assist. Director tu.hehe.Paling penting semangat dan kesabaran yang diorang ada. Tak kurang juga dengan Art Depart, Marina dan Faizal yang boleh beri apa yang pengarah nak. Walaupun ada problem time pre production, tapi kami dapat jugak selesaikan shooting ni. Time mood dah nak raya, walaupun korang kena cat dinding nak dirikan set dengan muka korang yang sedih (lagi-lagi abang audio tu pasang lagu raya) tapi korang tetap maintain cool. Hehe. Kepada pelakon-pelakon, terima kasih sebab dah buat yang terbaik dan korang semua memang sporting.
Pengarah kata kat aku, dia nak buat short movie ni surelis.Walaupun mula-mula dia kurang meyakinkan aku dengan visual-visual dia yang agak advance2(sorry pengarah) tapi time shooting aku mula nampak sikit-sikit apa yang cuba dia visualkan. Aku tak mahu puji dia lebih-lebih cuma short movie ni memang agak berlainan konsep dan jalan cerita. Ianya bukan sekadar surelism tetapi ada unsur-unsur lain yang pengarah cuba untuk sampaikan.
5 sebab kenapa korang kena tengok short movie ni:
1-Sebab short ni surelis.
2-Sebab main talent dia kakak aku.Akak aku famous kot.Hehe.
3-Sebelum short ni kene banned, better korang tengok dulu.(tapi kami tak takut pada apa2)
4-Sebab pengarahnya Faliq. Faliq kot mengarah!! Dah lama sangat dia nak jadi pengarah!! hehe.
5-Nak tahu jugak apa pendapat korang tentang short ni.
p/s : Harap-harap En Erman bagi markah lebih kat kitorang. Senior-senior kata dia garang sangat bila time shooting.Tapi kenapa masa shooting hari tu, tak marah langsung pun??En erman dah berubah ke?? Atau mungkin terkedu dengan main talent?? Hehehe.
Hari ni ada majlis berbuka puasa dengan semua budak kelas aku. Diorang ni memang selalu gak buat majlis-majlis macam ni. So, bila jumpa takde la excited beria-ria sangat. Macam biasa je. Tapi, diorang selalu excited bila jumpa aku dengan Ieda. Hehe. Ieda tu bestfriend aku dari aku form 1 lagi. Dulu, kat sekolah kan selalunya ada puak-puak. Aku dikategorikan dalam puak-puak nakal dan budget HOT la. Hehe. Ieda pun sama. Tapi, time form 3 aku dah surrender dengan puak-puak ni cuz aku mula rasa insaf dan nak belajar. (padahal dah kena sound dengan cikgu yang baik gila ngan mak aku) Tapi Ieda ni still dengan puak-puak naughty tu. Aku menyampah tengok Ieda ni sebab mulut dia laser. Sakit hati bila dia cakap. Cakap je pandai, tapi sebenarnya penakut. Disebabkan aku keluar dari puak diorang tu, Ieda ni tersesat kelas ngan aku. Puak-puak lain semua kat kelas lagi satu. So, disebabkan semua orang kat kelas tu back up aku, Ieda takde kawan. Last-last sekali, Ieda surrender gak dan mula kat situ lah kitorang jadi kawan baik.
Kawan-kawan aku selalu kata aku dengan dia banyak perbezaan. Antaranya, aku suka kawan dengan kawan-kawan lelaki kat sekolah tapi dia tak. Kawan-kawan dia semua perempuan. Sampai kawan-kawan lelaki aku semua nak sangat mengorat dia tapi tak pernah dapat sebab dia suka jual mahal. Taste lelaki idaman dia pun boleh tahan la advance. Aku suka main netball, olahraga, lumba lari tapi dia suka menari. Setiap kali aku bersukan, dia selalu ada menemani aku. Dan setiap kali dia ada latihan menari, aku akan turut sama-sama menyokong dia. Aku kat sekolah suka gedik-gedik tapi dia kat sekolah control ayu je. Tapi dalam perbezaan yang kami ada, kami tetap mempunyai persamaan. Persamaannya adalah kami berdua suka sangat bergosip. Hehe. Dah lah rumah kitorang dekat sangat. Everytime aku pergi kelas, dalam bas before sampai sekolah kitorang akan bergosip dulu. Sampai kat kelas, before cikgu sampai pun kitorang bergosip lagi. Time rehat pun kitorang bergosip lagi. Dah habis rehat pun kitorang sambung lagi sampai lah cikgu sound kitorang, cikgu cakap, “Fariza! Halida! Setiap hari jumpa dalam kelas pun nak berborak lagi ke?!” hehe. Time tu aku dengan dia menggelabah la. Lagi satu persamaan kitorang ni, everytime lepas rehat, kami akan pastikan yang kami akan pergi ke tandas. Haha. Itu adalah perkara wajib yang akan kami lakukan. Dan kawan-kawan yang lain pun dah tahu.
Paling seronoknya, kalau kitorang bergaduh selalunya sekejap sangat. Sejak aku masuk UITM, dia dah mula berkerja. Hubungan kami agak renggang bila aku mula masuk UITM. Aku mula kenal kawan-kawan baru dan kami mula buat hal sendiri. Tapi, aku tak pernah samakan dia dengan kawan-kawan aku di UITM. Sampai dia pernah terasa hati dengan aku sebab dia kata aku dah masuk belajar UITM tapi dia tak sambung mana-mana. Dia still duduk kat Bangi dan tak rasa environment yang seronok macam aku. Lagi yang dia frust, bila aku ambil course acting yang dia pun memang minat sangat. Aku cakap kat dia, aku tak pernah berjaya dan aku tak pernah lupakan dia. Walaupun aku belajar UITM, tapi aku still takde lesen kereta. Tengok dia dah boleh bawa kereta kemana-mana. Aku tak banyak duit untuk survive tapi dia dah boleh survive dan sekarang memang dia sangat pentingkan kerjaya dia. Lagi satu aku cakap kat dia, aku kecewa sebab aku ingat course acting tu belajar acting je. Sekali ada menari pulak. Time tu aku asyik teringat dia je sebab dia pandai menari. Aku ni memang lah keras yang amat kalau dah start menari. Kami sangat jarang berjumpa dan sangat jarang berhubung. Bila aku cuti sem je baru kami akan berjumpa balik dan time tu memang agenda utama adalah Gosip! Hehe. Seronok juga bila ada kawan macam ni. Jarang jumpa dan jarang berhubung, tapi kami selalu tahu yang kami selalu dekat di hati. Daripada kawan yang dekat tapi selalu je cakap belakang, baik aku kawan dengan budak-budak lelaki je.
Aku save kat hp nama dia “Chenta”. Dan dia save nama aku “Cinta”. Memang dia cinta hati aku. Dia tak suka fikir pasal komitmen dan tak suka fikir pasal lelaki sebab dia kata kat aku dia terlalu gilakan kerja. Tapi aku nak jugak carikan bf yang boleh terima dia seadanya. Aku dengan dia memang sama je gila. Sampaikan kawan-kawan kelas aku cakap, kalau aku dengan dia kahwin nanti, diorang akan terkejut teruk dan diorang akan cakap dalam hati, “Betapa malangnya lelaki tu. Lelaki tu tak tau ke Ida ngan Ajun ni abnormal.” Haha. Walaupun perangai kami amat berbeza tapi orang selalu kata kami macam adik beradik. Dia kakak dan aku adik. (nampak sangat aku mmg muda) Yang seronoknya, dia pun tak suka kalau besok dia ada bf, bf dia kongkong atau kuat cemburu dengan dia. Dia memang sama dengan aku. =) Walaupun dia selalu jadi “gila” tiba-tiba, walaupun dia dah kahwin besok dan walaupun dia jadi usahawan yang terkenal satu hari nanti, dia tetap kawan yang akan aku ingat sampai bila-bila. So, siapa-siapa yang bercadang untuk memenangi hati dia, sila dapatkan borang interview dari saya. Hehe.
Andainya aku bertanya, padamu tentang bahgia, dimana nilai setia, dimanakah puncak cinta.. Bait-bait lagu ini mengingatkan ku tentang kisah-kisah menarik dan kenangan-kenangan yang indah bersama keluarga tercinta. Gila nya keluarga ku kerana mempunyai tema lagu yang akan kami nyanyikan bila ada sahaja persembahan yang melibatkan keluarga. "Family kau gila la jun!". Ya..aku memilih tajuk ini kerana itu lah kata-kata yang sering dinyatakan oleh mereka-mereka yang mengenali keluargaku.
Aku sering mendengar cerita tentang keluarga sahabat-sahabatku. Ada yang suka dan ada juga yang duka. Seronoknya apabila ada sebilangan daripada mereka yang sungguh gembira bersama keluarga, dan tidak kurang pada sahabatku yang memiliki kisah hidup amat mendukacitakan. Keluarga yang bahagia tidak semestinya menjamin kehidupan yang ceria, begitu juga pada keluarga yang tidak bahagia tidak semestinya mengalami kedukaan yang berpanjangan. Aku seringkali bersedih melihat sahabat-sahabatku yang mempunyai keluarga serba kekurangan tetapi mereka sangat tabah dan matang dalam menjalani hidup. Betul la apa yang aku fikirkan selama ni, makin kita membesar, makin banyak perkara yang kita belajar. Makin banyak masalah yang kita alami, makin senang untuk kita tangani melalui pengalaman-pengalaman yang telah kita perolehi.
Aku selalu bersyukur pada Tuhan kerana aku dikalangan insan-insan yang sangat cukup kasih sayang dan sangat dihormati antara satu sama lain. Tidak kira samada aku anak sulung mahupun aku anak bongsu, aku tidak pernah ada rasa ketidakadilan antara kami. Semuanya sama dan tidak ada bezanya. Kadangkala aku sering tertanya, adakah abahku seorang bapa yang terlalu baik terhadap anak-anak dan adakah emakku tidak pernah ada rasa marah apabila kami bertindak melampaui batas. Tetapi, adakah adil seorang bapa dan ibu mengajar anak-anaknya dengan cara memukul, memaki atau mendera? Adalah anak akan mengikut kata atau menjadi seorang yang sangat baik perangainya? Mungkin….tapi tidak pula bagiku. Didikan ibu bapaku cukup baik sehingga seluruh anak-anaknya menghormati dan berbangga mendapat ibu bapa yang cukup terbuka dan tidak pernah menggunakan kekerasan.
Ramai yang takut mendekati abahku. Kata mereka, abah aku nampak garang. Dan setiap kali penyataan itu dinyatakan oleh sahabat-sahabatku, aku hanya tersenyum pada mereka dan berkata, "abah aku tak garang la. Mungkin korang tak kenal die lagi". Kelakar pulak bila ingat balik, kerana aku tidak pernah rasa abah ku seorang yang garang. Bukan itu sahaja, setiap kali sahabat-sahabatku bertemu dengan abah, mereka akan kata abahku kelihatan muda. Bila berjalan, macam aku berjalan dengan abang ku. Waaahh! Penyataan yang agak gila tapi tolonglah untuk tak beritahu kepada abah ku kerana dia begitu bangga apabila merasakan dirinya muda. Mungkin ada betulnya…dari segi pemikiran abahku adalah seorang yang terbuka. Kami boleh berbicara apa sahaja dengannya asalkan perkara itu tidak membodohkan dan memberi sesuatu. Dan aku sangat senang apabila berbicara dengannya baik dari segi pelajaran mahupun kehidupan masa hadapanku.
Dia seorang abah yang tidak pernah kisah dengan siapa sahaja anak-anaknya berkawan, dengan siapa sahaja anak-anaknya berkasih-kasihan dan tidak pernah bertanya sekalipun sekiranya anak-anak keluar dengan sesiapa. Seronok kan? Aku tidak pernah ada rasa sangsi atau pelik bahawa abahku tidak mempedulikan tentang hidup anak-anaknya atau dengan siapa mereka berkawan, tetapi anak-anak sendiri yang sudah tahu dengan siapa mereka patut berkawan dan siapa yang dapat menjamin masa hadapan mereka. Tiada kongkongan dalam memilih siapa yang patut menjadi kawan dan kekasih asalkan orang itu dapat memberi kebahagiaan dan menghargai setiap ahli keluarga kami. Kongkongan tidak perlu dalam sesebuah kekeluargaan kerana anak-anak akan memberontak dan masa untuk anak-anak bersosial tidak ada. Apa yang penting adalah anak-anak sendiri memainkan peranan untuk menghadkan waktu-waktu yang telah diberikan oleh ibu bapa dan memberi sepenuh kepercayaan kepada ibu bapa bahawa semuanya akan baik-baik saja.
Tidak kurang lagi, bapaku seorang pengkritik yang hebat! Ada saja yang ingin dikatakan kalau perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati dalam diri. Dan manusia yang sering menjadi mangsa mendengar bebelannya adalah emakku. Aku? Jika perlu, aku akan dengar dan selalunya mengenai pelajaran. Yang penting, setiap kali menonton televisyen, ada sahaja kritikan-kritikan yang ingin dinyatakan, lagi-lagi drama melayu yang jalan ceritanya mengarut-mengarut dan pelakon yang macam nak tak nak je berlakon. Kadang-kadang aku layan kan je mendengar kritikan nya, tapi bila tiba part aku malas nak dengar, aku akan buat-buat sibuk. Sebenarnya bagus untuk dengar kerana kritikan-kritikan yang dinyatakan sangat relevan dan rasional dan seringkali juga beliau menyuruh aku untuk menonton drama-drama melayu dan melihat dari segi pengarahan supaya satu hari nanti tidak memalukan beliau dengan membuat drama-drama seperti itu. Mungkin TIDAK. Aku akan buktikan bahawa aku bukan pengarah-pengarah masa kini yang suka tangkap muat dan syok sendiri sahaja. At least, aku akan tunjukkan sesuatu yang lebih HEBAT seperti yang abahku inginkan.
Tetapi, dalam keterbukaan abah ku, tetap juga ada batas nya. Masih lagi memegang pada adat dan agama. Sekiranya beliau memberikan kebebasan, anak-anak perlu tahu had untuk kebebasan-kebebasan itu. Untuk aku, kadangkala aku menjadi seorang yang memberontak apabila kebebasan yang aku inginkan tidak aku perolehi kerana bagiku aku sudah cukup besar untuk menjaga diri tetapi apabila difikirkan balik, mungkin ada betulnya. Kebebasan yang aku perolehi sudah cukup memadai jika dibandingkan dengan manusia-manusia lain dan aku harus tahu bagaimana untuk menghadkan sesetengah kebebasan yang abah ku tidak ingin untuk aku lakukan. Aku seringkali berbangga dengan abah ku kerana anak-anaknya tidak pernah bertindak untuk membuat sesuatu yang mampu memalukan keluarga dan itu adalah didikan yang cukup bermakna daripada nya. Mak aku pula juga seperi abah ku. Tidak pernah menyekat kebebasan yang kami inginkan cuma kadangkala penjagaan pakaian harus dititikberatkan sedikit. Itupun tidak lah berat sangat padaku, cuma yang paling utama pandai mengikut keadaan. Berbeza dari abah ku, emak adalah seorang wanita yang ingin selalu tahu tentang perkembangan anak-anaknya. Biasa la tu…naluri wanita selalunya ada pada wanita juga. Aku pula adalah anak yang akan menceritakan tentang sahabat-sahabatku, tentang dunia kampus ku juga tentang masa hadapanku. Jarang sekali kami berbicara tentang percintaan kerana bagiku kisah itu terlalu peribadi untuk dikongsi bersama insan yang bergelar emak dan aku lebih selesa bercerita bersama kakakku. Kadangkala emak agak kecil hati, tapi lama kelamaan beliau faham dengan cara aku. Aku tidak begitu suka bercerita tentang cinta dengannya kerana bagiku aku masih muda dan tidak mahu emak menganggap aku terlalu serius dalam percintaan. Kalau ditanya, aku akan nyatakan tetapi tidak lah secara keseluruhan. Begitu juga sekiranya dengan siapa yang akan aku keluar. Akan ditanya dan selepas mengetahui beliau hanya mengangguk. Apa yang utama, kepercayaan dalam diri seorang emak terhadap anaknya perlu ada. Keyakinan bahawa anak-anak akan menjaga diri dan tidak akan melakukan perkara yang menyusahkan ibu bapa adalah kunci bagi sesebuah kekeluargaan.
Begitu juga apa yang kami lakukan pada hidup. Asalkan ianya halal dan mampu menampung hidup sendiri, itu sudah cukup baik. Seronoknya aku mempunyai ibu bapa yang 'gila' dan aku selalu berdoa pada Tuhan bahawa aku akan terus mempunyai ibu bapa seperti mereka kerana tiada ibu bapa yang baik seperti yang aku ada sekarang. Mereka mengajar aku untuk menjadi insan yang tidak lupa pada diri, masih tahu batas-batas sebagai seorang insan yang bergelar Islam dan tidak pernah menyekat apa sahaja yang mampu menjamin masa hadapanku. Susah untuk aku nyatakan bagaimana terhutang budi nya aku terhadap mereka cuma aku mampu buktikan bahawa suatu hari nanti aku akan berjaya dalam hidup dan akan membayar semula segala kesusahan yang ditanggung oleh mereka terhadapku selama ini.
Keluarga 'gila' aku tidak habis di sini, tetapi aku masih lagi mempunyai abang-abang yang 'gila'. Menyampah nya aku mempunyai abang-abang yang sangat nakal dan suka bergaduh! Itu lah yang sering dibebel kan olehku semasa aku kecil. Aku selalu terfikir, adakah abang-abang ku boleh berubah suatu hari nanti dan tidak menyusahkan ibu bapa ku. Aku sering tak confident dengan mereka. Entah la. Mungkin nakal sangat kot? Tapi, makin mereka membesar, makin banyak perubahan yang ada dalam diri mereka dan perubahan-perubahan itu telah membuatkan aku semakin rapat dengan ketiga-tiga abang aku. Tak banyak perbezaan perangai mereka ni, cuma yang paling ketara, mereka adalah abang yang sangat menjaga adik kesayangan diorang yang sorang ni. Perbuatan yang mereka lakukan membuatkan aku sangat terharu. Jangan harap adik yang bernama Ajun ni, dapat berkawan dengan kawan-kawan mereka. Aku selalu bertanya, adakah aku terlalu gatal sampai aku tak boleh kawan dengan kawan-kawan abangku atau abangku mempunyai alasan yang lebih kukuh tetapi tidak dapat menyatakan padaku. Herm…Mungkin..Tapi, itu dulu. Sekarang ni tak lagi. Aku dah boleh dibawa kemana-mana bersama dan aku juga boleh berkawan dengan kawan-kawan mereka. Mungkin mereka sudah mula meletakkan kepercayaan dan aku sudah cukup besar untuk fikirkan banyak perkara. Untuk abang-abang ku sekalian, aku tidak akan membuat perkara 'gila' dengan kawan-kawan korang melainkan aku betul-betul nak kat diorang. Ok? Seronok juga apabila mula mendekati mereka. Aku tahu banyak perkara lagi-lagi yang berkaitan dengan muzik. Pengaruh muzik aku juga banyak pada mereka dan apabila kebosanan melanda jiwa, kami adik beradik akan menyanyi bersama.
Bukan itu sahaja, cerita tentang wanita juga seringkali mereka kongsi. Adakalanya mencuit hati, tetapi aku suka mendengar. Jarang seorang abang mahu menceritakan banyak perkara kepada adik perempuannya, tetapi abang-abangku tidak pula begitu. Ada sahaja cerita-cerita menarik yang akan mereka ceritakan pada ku juga kepada kakakku. Dan dengan itu, perhubungan kami adik beradik akan lebih mesra dan bertambah erat. Kepada abang-abang ku sekalian, perubahan yang ada dalam diri kamu semua adalah perubahan yang sangat aku tunggu-tunggukan. Tidak ada siapa yang paling hebat, paling hensem atau paling baik untuk aku pilih. Kamu semua adalah yang terhebat. Kamu semua adalah manusia-manusia 'gila' pernah aku jumpa. Aku tidak mahu abang dan adiknya sering bergaduh dan tidak sependapat atau tunjukkan siapa yang paling bagus antara kita kerana ia tidak akan menjamin apa-apa. Aku terima kalian seada-adanya kalian dan aku tidak pernah merasa malu apabila berada di samping kalian. Peduli apa yang orang kata tentang kecantikan dan kehenseman, keburukan dan kebaikan kita, kerana hanya aku yang tahu betapa hebatnya memiliki abang-abang seperti kalian. Seharusnya kalian juga bersyukur mempunyai keluarga yang tidak pernah kisah tentang apa yang manusia lain ingin perkatakan tentang kita, paling utama kita tahu bahawa kita cukup bahagia menjalani hidup bersama. Last but not least… kakak ke'gila'an ku. Aku selalu meletakkan beliau di tempat paling tinggi dalam hidupku dan aku tidak pernah sesekali mahu dia di apa-apakan kerana bagiku tidak ada sesiapa yang boleh menyakiti hatinya sebab aku akan turut merasa kelukaan itu sama. Aku sangat beruntung mempunyai kakak sepertinya dan aku juga turut merasa sahabat-sahabatku mengatakan perkara yang sama bahawa aku sangat bertuah memiliki kakak seperti dia. Dia adalah seorang yang 'gila', baik dari segi pertuturan, pemikiran mahupun minatnya. Percayalah bahawa aku tidak akan pandai menulis seperti ini, tidak akan menjadi seorang yang kritis dan mungkin aku adalah manusia yang masih lagi tertutup mindanya sekiranya aku tidak didedahkan dengan segala macam perkara-perkara yang sering aku bincang bersama insan yang bernama kakak.
Terima kasih untuk segala bait-bait lagu Dewa, untuk muzik-muzik Padi, ColdPlay, Radiohead, untuk buku-buku Kahlil Gibran, segala puisi tentang kemanusiaan dan percintaan, untuk filem-filem international dan independent, untuk John Lennon, Jalaluddin Rumi, Hamka, Chairil Anwar, Soe Hock Gie yang menjadi inspirasi tidak terhingga buat aku hingga hari ini. Terima kasih untuk semua. Aku seringkali merasakan bahawa aku sudah boleh berfikir jauh lebih matang dari kamu tapi itu adalah tidak benar sama sekali. Banyak perkara yang perlu aku pelajari dalam hidup ini dan kau adalah manusia yang akan selalu membimbing aku supaya aku tidak akan menjadi insan yang banyak ketinggalan dan bodoh tentang dunia.
Aku terlalu rapat dengannya. Dia bukan lagi kakak ku tetapi adalah kawan baik ku. Terlalu banyak yang kami ingin kongsi bersama baik dari segi filem, teater, muzik, puisi, inspirasi mahupun hal-hal yang berkaitan dengan peribadi. Dia adalah manusia yang akan aku beritahu sekiranya aku mengalami sebarang kedukaan mahupun kegembiraan. Aku pernah terfikir untuk tidak terlalu mempengaruhi nya kerana bagi aku agak bahaya juga sebenarnya. Aku masih mempunyai kehidupan aku sendiri cuma kadangkala aku memerlukannya untuk membuat pilihan, baik dari segi pakaian, idea mahupun teman lelaki. Adakah aku tidak mempunyai pendirian sendiri? Hermm..mungkin tidak. Aku masih mempunyai pendirian cuma aku tahu dia boleh memilih mana yang terbaik dalam hidupku. Begitu juga dari segi teman lelaki. Kalau kakak ku tidak suka, aku akan turut serta walaupun sebenarnya aku boleh mengatakan aku suka, tetapi aku lebih selesa memilih jalan ini. Aku merasakan bahawa kakak ku mempunyai 'rasa' yang kuat untuk ketahui samada adiknya bahagia ataupun tidak. Tetapi, jika suatu hari aku bertemu dengan seorang lelaki yang memang membahagiakan aku, aku akan yakinkan padanya bahawa lelaki itu adalah pilihan yang tepat. Secara jujurnya, kakak ku merupakan insan yang sangat baik. Suka menolong orang, ada rasa simpati, tidak pernah berkira dan sentiasa memaafkan orang lain. Kadang-kadang aku jadi marah pada mereka yang sering mengecewakan kakak ku tetapi aku berharap agar perkara-perkara itu semua mengajar nya menjadi seorang yang lebih sabar dan inilah yang dikatakan lumrah hidup. Untuk menjadi terlalu baik pun masih diperkotak-katikkan oleh orang.
Untuk angah, selagi belum bergelar isteri, seharusnya kau berhak memilih sesiapa sahaja yang hadir dalam hidupmu. Cuma satu yang aku pinta, bila sudah tiba masanya, jangan ditunggu lagi dan percaya lah pada institusi perkahwinan kerana kita tidak boleh memikirkan tentang perceraian mahupun perpisahan jika kita tidak memberi sepenuh kepercayaan terhadap pasangan kita. Aku sangat yakin bahawa pilihan kau adalah tepat dan ingatlah selalu bahawa kita tidak akan memiliki apa yang kita ingin kan dalam hidup ini. Suatu hari nanti, bila kau sudah mempunyai keluarga, aku berharap agar perhubungan kita sebagai adik dan kakak tidak akan putus sampai di situ sahaja. Makin aku membesar, makin banyak perkara yang ingin aku kongsikan bersamamu dan aku akan buktikan bahawa aku tidak akan sesekali membuat kau malu dengan pencapaian diriku.Percayalah. Akan aku buktikan. Satu sahaja yang aku pinta, Jangan kecewa jika kita punya hanya cinta. Dan aku mengerti kau memahami apa yang aku maksudkan. Terus menjadi seorang gadis yang selalu merendah diri kerana kecantikan yang kita miliki tidak akan terus kekal dan suatu hari nanti mungkin kita akan jadi manusia yang tidak sehebat dulu seperti yang kita ingini. Sentiasalah bersyukur dengan anugerah hebat telah Tuhan berikan padamu dan jadilah seorang gadis yang sentiasa dengan pemikiran-pemikiran 'gila'. Aku selalu merasa aku tidak sehebat kau, dengan segala ilmu-ilmu yang kau ada, dengan segala perkara yang buatkan orang terus menyayangi kau. Teruskanlah dengan pencarian ilmu dan sayangi lah mereka-mereka yang menyayangi kau kerana kau layak untuk itu. Cuma pesanan ku, kita sering mencari bahagian-bahagian yang masih kita rasai tidak sempurna, tetapi janganlah pencarian itu berakhir dengan perkara yang sia-sia dan membuang masa. Selagi kau boleh mencari, carilah! Jangan ada rasa sesal dalam diri dan jangan menyakiti hati orang lain. Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga untuk kamu kerana tidak pernah sekalipun kedekut untuk berkongsi ilmu malahan apa sahaja denganku. Aku sangat bersyukur mendapat kakak seperti kamu dan aku akan terus berdoa pada Tuhan bahawa hubungan kita akan berkekalan selamanya.
Sebagai anak bongsu, aku mengaku bahawa aku seorang yang manja, tetapi aku tidak pernah merasakan nya seorang. Semua ahli keluarga ku manja-manja dan sangat sensitif. Sebab itu lah aku seorang yang mudah menangis dan merasa hati kerana aku memiliki keluarga yang begitu manja dan kadangkala ada juga orang yang tersalah anggap dengan sikap manja dan keterbukaan kami. Secara terangnya, aku senang untuk memeluk orang, senang jalan berpegangan tangan, kerana bagiku itu adalah cara yang dapat aku tunjukkan bahawa aku amat menghargai insan-insan yang bersamaku dan begitu jugalah gayanya apabila aku keluar bersama keluarga. Sampai ada yang ingat aku dan abangku adalah pasangan kekasih. Cuma kadangkala aku kurang sedar bahawa sikap keterbukaan aku tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak. Mungkin ada juga yang berfikir lain tetapi tidak pula pada aku. Mungkin selepas ini, aku perlu menghadkan kerana aku pernah terfikir juga, tidak semua orang dapat menerima cara ku.. Padaku, paling utama adalah aku tahu apa yang aku lakukan. Selagi perlakuan dan perbualan itu tidak membatasi atau merosakkan diri, itu adalah lebih baik daripada berpura-pura sopan tetapi sebaliknya.
Apa yang pasti, aku masih lagi insan typical yang kadangkala masih lagi terikat dengan batas-batas yang tidak harus aku ikut. Kalau ikutkan hati, aku mempunyai kebebasan yang sangat banyak untuk membuat apa sahaja yang ingin aku lakukan tetapi aku tidak menganggap kebebasan itu perkara yang boleh manusia lakukan sesuka hati tanpa memikir tentang halal atau haram, baik atau buruk. Paling utama adalah niat sesorang itu apabila melakukan sesuatu. Bagiku, kebebasan yang aku perolehi sudah cukup memadai untuk aku teruskan hidup dan aku tidak memerlukan pengaruh-pengaruh lain atau apa sahaja kejutan budaya yang dasyat! Cuma apabila kita berhadapan dengan golongan manusia-manusia seperti ini, kita perlu lebih terbuka dan menghormati kerana mereka juga manusia biasa seperti kita. Sudah memadai sekiranya kita tahu apa yang kita lakukan dan mereka pula tidak menyusahkan kita.
Aku berharap agar tiada pergaduhan mahupun perkara-perkara yang menyedihkan dalam hidup keluarga ku. Aku amat menyayangi mereka sehingga aku rasa sudah cukup memadai kasih sayang yang mereka berikan dan aku tidak perlu orang lain disisi. Perkara yang paling tidak dapat aku hadapi dalam dunia adalah perpisahan dan kematian… dan aku tahu akulah manusia yang paling sedih jika aku kehilangan salah seorang daripada mereka dan percayalah bahawa kehidupan keluarga ku akan berubah, mungkin tak sebahagia, tak se'gila' dahulu. Tapi, setiap dari kita akan pergi juga suatu hari nanti dan aku harus bersedia untuk menghadapi semua ini. Cuma yang aku pinta, mereka akan sentiasa berada di sisiku dan sentiasa kuat kerana aku bukanlah manusia yang kuat untuk menangani perkara-perkara yang sukar dalam hidupku. Untuk keluarga, sentiasalah berdoa agar kita semua dipanjangkan umur dan tiada sebarang masalah yang berlaku selagi kita bergelar keluarga. Tuhan menyayangi pada mereka yang sentiasa berdoa. Dan menjadi sebahagian daripada keluarga 'gila' ini adalah anugerah Tuhan kepadaku yang tidak terhingga. Semoga kalian terus menyinari hidupku dan sentiasa menjadi mimpi-mimpi indah dalam tidurku.